Pengenalan


PENGENALAN MyLamoc
# Penubuhan MyLamoc Club

MyLamoc ialah singkatan nama daripada Malaysia Yamaha Lagenda Motor Club dan merupakan sebuah kelab pemilik motosikal Yamaha Lagenda105-115 cc sahaja..

MyLamoc Club ini telah ditubuhkan pada 28 Julai 2006 di Shah Alam, Selangor pada mulanya dan kini... . MyLamoc CLUB telah menular ke seluruh semenanjung MALAYSIA termasuk sabah & sarawak serta negara INDONESIA (yamaha jupiter)

Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk mendidik remaja dan belia-belia hari ini dari melakukan kesalahan jalanraya dan jenayah seperti lumba haram, pengambilan dadah dan alkohol, bergaduh dan bermacam-macam perkara yang tidak bermoral, tidak berfaedah yang boleh merosakkan akhlak remaja dan belia pada masa kini.... .

Dengan penubuhan kelab ini, ahli-ahli dapat membantu serta menyedarkan remaja dan belia tentang perkara-perkara negatif , yang tidak berfaedah serta mengamalkan cara hidup yang sihat, bersih dan bertanggungjawab pada diri, keluarga, bangsa dan negara yang tercinta... .

Presiden MyLamoc, Encik Rosdi atau lebih dikenali dengan gelaran MR Sidi telah banyak mengadakan program-program di dalam kelab ini, antaranya ialah mengadakan kempen anti dadah dan rempit , konvoi merdeka tiap-tiap tahun , bercuti ke negeri-negeri terpilih (tahun melawat negeri) , menyertai program-program yang dianjurkan oleh sukan bermotor (autoshow), konvoi jelajah cubprix di semenanjung MALAYSIA dll.... .

Sebarang pertanyaan , sila hubungi Presiden MyLamoc di talian 014-2648390 atau email : sidi_mylamoc@yahoo.com.my ..... .


" JAUHI DADAH , HINDARI REMPIT " daripada MyLamoc CLUB